U B K S A M P B

ENTRY CARTA ABOUT LINKS +FOLLOW

Calendar

something


Talking Here

SOMETHING WANT TO ASK ?



Permohonan Kemasukan SBP 2014 Tingkatan 4
Assalammualaikum.

PERHATIAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN TIGA SEKOLAH AGAMA MENENGAH PARIT BARU 2013.

Pelajar yang berminat untuk memohon ke SBP (Sekolah Berasrama Penuh) sila layari laman web KPM di http://www.moe.gov.my untuk sebarang keterangan lanjut ataupun terus ke laman permohonan. Klik url http://public.moe.gov.my . Manakala untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang sekolah berasrama penuh klik pautan http://www.moe.gov.my/my/asrama-penuh

Pelajar boleh mengisi borang mulai 1 September 2013 hingga 15 Oktober 2013.

Pelajar yang telah mengisi borang permohonan SBP secara online, pastikan anda mencetak(print) borang tersebut dan serah kepada cikgu Zuraini bagi rekod sekolah.

Syarat minimum bagi kemasukan SBP tingkatan 4:

1.Warganegara Malaysia (Murid, ibu bapa atau penjaga mestilah warganegara Malaysia)
2.Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau bantuan kerajaan.
3.Kelayakan Akademik PMR seperti berikut:
*Sekurang-kurangnya gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Asing/ Bahasa Antarabangsa.
*Mesti mendapat gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains
*Mendapat sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain.
*Aktif dalam kokurikulum.

Untuk mengetahui nama sekolah, alamat, no tel dan aliran-aliran Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sila klik di SINI